Kerjaya politik Fumio Kishida

Setelah bekerja di Long-Term Credit Bank of Japan yang sudah tidak wujud dan kemudian sebagai setiausaha kepada ahli Dewan Perwakilan, Kishida terpilih ke Dewan Perwakilan pada pilihan raya umum 1993, mewakili Daerah Hiroshima ke-1.[5]

Beliau dekat dengan pemimpin puak LDP Makoto Koga,[3] dan mengambil alih kawalan puak Koga pada Oktober 2012.[3]

Seperti Shinzō Abe dan kebanyakan ahli Kabinetnya, Kishida adalah ahli berkait dengan pertubuhan nasionalis terbuka Nippon Kaigi.[6]

Kishida berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Okinawa dari 2007 hingga 2008, pertama di Kabinet Abe dan kemudian di kabinet Fukuda.[7] Dia dilantik sebagai menteri negara yang menjaga hal ehwal pengguna dan keselamatan makanan di kabinet perdana menteri ketika itu Yasuo Fukuda pada tahun 2008.[3] Kishida juga merupakan menteri negara yang bertanggung jawab atas sains dan teknologi di kabinet Fukuda.[7]

Kabinet Abe

Kishida bersama Setiausaha Negara A.S. Rex Tillerson dan Menteri Luar Korea Selatan Yun Byung-se, Februari 2017

Berikutan kemenangan LDP pada pilihan raya 2012, Kishida dinobatkan sebagai menteri luar negeri dalam Kabinet Perdana Menteri Shinzō Abe pada 26 Disember 2012.[5][8] Kishida menjadi menteri luar negeri yang paling lama berkhidmat dalam sejarah pasca perang, mengalahkan ayah Abe, Shintaro Abe.[9] Beliau membantu mengatur lawatan bersejarah Presiden A.S. Barack Obama ke Hiroshima pada 2015, dan mendapat perhatian pada 2017 ketika beliau muncul bersama pelawak Piko Taro untuk mempromosikan program PBB.[4]

Pada 2017, Kishida meninggalkan barisan Kabinet untuk mengambil alih jawatan ketua Majlis Penyelidikan Dasar LDP, kedudukan yang secara tradisional dilihat sebagai batu loncatan untuk kepimpinan parti.[10] Beliau mencari kedudukan ini untuk meningkatkan peluangnya untuk menggantikan Abe, kerana jawatan menteri luar negeri memiliki pengaruh yang sedikit di dalam parti.[9]

Kishida berhasrat mencalonkan dirinya dalam pemilihan presiden LDP 2018, tetapi dipujuk oleh Abe untuk tidak mencalonkan diri, dengan cadangan bahawa Abe kemudiannya akan menyokong Kishida sebagai penggantinya. Kishiada mengumumkan beliau akan bertanding dalam persaingan kepimpinan LDP pada 2020 selepas Shinzo Abe alami masalah kesihatan dan berhasrat untuk letak jawatan.[11] Namun beberapa ahli parlimen kanan LDP telah mengalihkan sokongan mereka dari Kishida kepada Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga. Timbalan Perdana Menteri Taro Aso menggangapnya sebagai "Kishida adalah untuk masa yang aman, bukan untuk masa yang bermasalah."[12] Salah satu faktor dalam pergeseran ini adalah cadangan yang tidak berjaya oleh Kishida untuk memberikan pembayaran rangsangan 300,000 yen kepada isi rumah semasa pandemik COVID-19.[13]

Rujukan

WikiPedia: Fumio Kishida http://ajw.asahi.com/article/behind_news/politics/... http://www.houseofjapan.com/local/profile-foreign-... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.japantimes.co.jp/cabinet/cabinet.html?f... http://www.yomiuri.co.jp/dy/national/T121226002018... http://www.kantei.go.jp/foreign/hukudadaijin/07092... http://www.koninklijkhuis.nl/nieuws/nieuwsberichte... https://www.bbc.com/news/world-asia-29735264 https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1875474 https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-07-20...